Monday , 24 September 2018

Home » Bisnes » Minyak mentah turun pada awal dagangngan

Minyak mentah turun pada awal dagangngan

August 10, 2018 11:46 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Minyak mentah turun pada awal dagangngan

NEW YORK,. Harga minyak mentah ditutup lebih rendah, meneruskan penyusutan sesi sebelumnya susulan pertelingkahan perdagangan antara China-Amerika Syarikat (AS) yang semakin memuncak membayangkan tinjauan permintaan minyak yang tidak menentu.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent susut 21 cent untuk ditutup pada AS$72.07 satu tong.

Minyak mentah AS turun 13 cent untuk ditutup pada AS$66.81 satu tong.

Kedua-dua penanda aras itu susut lebih tiga peratus Rabu selepas data AS menunjukkan pengeluaran yang lebih sedikit berbanding jangkaan dalam inventori minyak mentah dan peningkatan yang tidak diduga sebanyak 2.9 juta tong dalam bekalan gasolin.

Penganalisis yang ditinjau Reuters meramalkan pengeluaran 1.7 juta tong dalam stok gasolin.

– Reuters

scroll to top