Friday , 20 July 2018

Home » Bisnes » Model baharu Huawei dengan pelan Celcom FIRST

Model baharu Huawei dengan pelan Celcom FIRST

May 4, 2018 4:49 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Model baharu Huawei dengan pelan Celcom FIRST

KUALA LUMPUR: Pelanggan berpeluang memiliki peranti Huawei siri-Y terbaharu secara percuma dengan melanggan pelan Celcom FIRST.

Peranti berharga RM619 itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Menariknya, peranti ini dilengkapi dengan reka bentuk mewah, kamera utama 13 megapixel, kamera hadapan 5.0 megapixel, flash LED, penapis foto bina-dalam, termasuk teknologi Huawei Histen yang memberi pengguna kepuasan mendengar muzik kegemaran mereka.

Pengguna boleh menikmati pengalaman digital hebat ini apabila mendaftar dengan empat pelan Celcom FIRST berharga antara RM98 hingga RM188 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan.

Semua pelan berkenaan disertakan dengan panggilan tanpa had, WhatsApp, Wechat serta 100GB Super Video Walla percuma.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Bhd, Azwan Khan Osman Khan, berkata pengguna Celcom boleh kekal hebat secara digital dengan peluang menakjubkan sekali gus memiliki peranti Huawei terbaharu secara percuma dengan harga berpatutan.

“Pengguna kami boleh menikmati muzik dan kualiti foto terhebat dengan Huawei Y6 secara percuma dan merasai pengalaman digital yang memuaskan, digabungkan bersama pelan terbaik dengan internet yang banyak,” katanya.

Huawei Y6 (2018) juga boleh didapati melalui kedai dalam talian Celcom di www.store.celcom.com.my/store/. Untuk maklumat lanjut, lawati cawangan Celcom bluecube atau layari www.celcom.com.my.

scroll to top