Tuesday , 19 June 2018

Home » Nasional » Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor

Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor

May 20, 2018 2:20 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM,. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Mohamed Azmin dilihat memasuki istana kira-kira 11.50 pagi, difahamkan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar susulan penamaan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bertemu Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi membincangkan jawatan kabinetnya.

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pagi esok.

Mohamed Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantikan beliau iaitu ADUN Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Sehingga 1.15 tengah hari berdasarkan pemerhatian Bernama, Mohamed Azmin masih berada di dalam istana.

— BERNAMA

scroll to top