Thursday , 20 September 2018

Home » Bisnes » Moody’s sahkan penarafan A3 Petronas LNG

Moody’s sahkan penarafan A3 Petronas LNG

August 21, 2018 8:43 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Moody’s sahkan penarafan A3 Petronas LNG

KUALA LUMPUR,. Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan A3 ke atas mata wang asing dan tempatan Petronas LNG Ltd. (PLL) dengan unjuran yang kukuh.

“Penarafan A3 PLL berada dua takuk di bawah penarafan A1 ke atas syarikat induknya, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Pendekatan penarafan keseluruhan itu mencerminkan pemilikan penuh dan integrasi kewangan serta operasi PLL yang kukuh dengan Petronas,” kata Penganalisis dan Penolong Naib Presiden Moody’s, Rachel Chua dalam satu kenyataan.

Petronas adalah sebuah syarikat minyak negara Malaysia dan dimiliki 100 peratus oleh kerajaan.

“Petronas terus menunjukkan sokongan kewangan yang mantap kepada PLL melalui suntikan tunai sebanyak hampir $400 juta dalam tempoh tiga tahun.

“Di samping itu, PLL tidak pernah membayar sebarang dividen sejak 2015,” kata Chua, yang juga merupakan penganalisis utama Moody’s untuk PLL.

Moody’s berkata PLL menikmati sokongan mudah tunai yang berterusan daripada Petronas, memandangkan ia boleh menggunakan kemudahan kredit daripada Petronas bagi pengurusan mudah tunai.

PLL memasarkan dan menjual hampir semua volum gas asli cecair (LNG) Petronas. Kebanyakan jualan ini berada di bawah kontrak jangka panjang.

Pada masa yang sama, pendapatan dan aliran tunai PLL tertakluk kepada ketidakstabilan, kata Moody’s.

Kumpulan itu melaporkan kerugian bersih sebanyak $251 juta dan $174 juta, masing-masing pada 2015 dan 2016 disebabkan persekitaran harga minyak mentah yang lemah termasuk urus niaga serta merta.

Ia juga mencatatkan kerugian bersih sebanyak $40 juta pada 2017.

Ketidakstabilan tersebut ditingkatkan lagi dengan tempahan dalam tangan PLL yang agak kecil.

Menurut Moody’s, penarafan unjuran adalah stabil, mencerminkan prospek penarafan PLL yang lebih kukuh termasuk sokongan yang berterusan dan padu dengan syarikat induknya, Petronas.

Moody’s hanya akan memberi penarafan baharu hanya selepas penilaian Petronas dinaik taraf.

– BERNAMA

scroll to top