Tuesday , 20 November 2018

Home » Bisnes » Moody’s ubah tinjauan penarafan PETRONAS kepada negatif

Moody’s ubah tinjauan penarafan PETRONAS kepada negatif

November 9, 2018 10:18 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Moody’s ubah tinjauan penarafan PETRONAS kepada negatif

KUALA LUMPUR,. Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan terbitan domestik dan mata wang asing tidak bercagar kanan PETRONAS pada A1, namun mengubah tinjauan daripada stabil kepada negatif.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan A1 bagi nota tidak bercagar kanan Petronas Capital Ltd dan program nota jangka sederhana (MTN) jangka sederhana selain sukuk diterbitkan melalui Petronas Global Sukuk Ltd, namun mengubah tinjauannya kepada negatif daripada stabil.

Moody’s berkata, tindakan penarafan itu adalah susulan pengumuman kerajaan bahawa PETRONAS akan membayar dividen RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion (termasuk dividen khas RM30 bilion) pada 2019.

“Tinjauan negatif kepada penarafan PETRONAS mencerminkan pandangan kami bahawa profil kewangannya akan terjejas jika kerajaan terus meminta syarikat mengekalkan dividen yang tinggi, khususnya jika harga minyak susut,” kata Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan dalam satu kenyataan, hari ini.

scroll to top