Tuesday , 23 October 2018

Home » Bencana » MRA lancar tabung bantuan mangsa taufan tropika Sagar

MRA lancar tabung bantuan mangsa taufan tropika Sagar

May 29, 2018 10:41 am Category: Bencana, Nasional A+ / A-
MRA lancar tabung bantuan mangsa taufan tropika Sagar

Presiden Malaysia Relief Agency (MRA), Dr Mohd Daud Sulaiman.

KUALA LUMPUR,. Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Infaq Ramadan MRA bagi membantu mangsa taufan tropika Sagar yang melanda Yaman serta beberapa kawasan di Djiobouti dan Somalia, sejak Khamis lalu.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, pihaknya bersama rakan pelaksana badan bukan kerajaan (NGO) tempatan di Yaman, The Charitable Society For Social Welfare (CSSW) berusaha melaksanakan bantuan kemanusiaan dengan segera bagi membantu mangsa terutama membabitkan pusat bencana, bantuan makanan dan perubatan.

“Taufan tropika Sagar yang melanda Yaman serta beberapa kawasan di Djiobouti dan Somalia memburukkan keadaan apabila ribuan pelarian dalam negara itu berdepan masalah kerosakan tempat tinggal dan bekalan makanan.

“Mereka juga berdepan taufan Macon yang turut melanda melalui kepulauan Socotra serta menjejaskan beberapa kawasan berhampiran.

“Sehingga hari ini dimaklumkan ratusan pelarian sudah berpindah dari kawasan bencana ke penempatan sementara disediakan pihak berkuasa tempatan dan NGO dengan anggaran kira-kira 700 keluarga menjadi mangsa setakat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Daud berkata, usaha bantuan kemanusiaan itu dilihat penting memandangkan suasana Ramadan serta pergolakan masih belum reda di Yaman yang ditambah dengan bencana alam terbabit.

“Sehubungan itu MRA melancarkan Tabung Infaq Ramadan MRA dan menyeru rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Yaman supaya memberi sokongan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 8600059478 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-91744672 untuk maklumat lanjut berhubung tabung berkenaan,” katanya.

scroll to top