Saturday , 15 December 2018

Home » Nasional » Musa Hitam sangkal video tular kaitkan Tun M

Musa Hitam sangkal video tular kaitkan Tun M

November 15, 2018 6:42 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Musa Hitam sangkal video tular kaitkan Tun M

Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan. - BERNAMA/Fail

KUALA LUMPUR,. Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan.

“Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong klip video berkenaan dan menokok tambah ayat-ayat yang menyesuaikannya dengan objektif tertentu. Klip video itu tular hasil beberapa potongan di mana jelas seolah-olah saya mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan ke atas Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Musa menjelaskan, video itu berasaskan kepada satu majlis diskusi yang berlaku kira-kira empat tahun dahulu apabila pengerusi majlis memintanya memberi komen berhubung peletakan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dahulu.

Musa adalah timbalan perdana menteri kelima dari 1981 hingga 1986.

Beliau berkata apabila diteliti kenyataan dan klip video berkenaan, jelas bahawa perkataan ‘kotor’, ‘berdosa besar’ dan sebagainya bukan dituju kepada Dr Mahathir tetapi kepada aktivis politik yang menyarankan untuk menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. — Bernama

scroll to top