Monday , 10 December 2018

Home » Artikel Pilihan » Musa minta rakyat Sabah mengundi dengan bijak

Musa minta rakyat Sabah mengundi dengan bijak

May 8, 2018 6:08 pm Category: Artikel Pilihan A+ / A-
Musa minta rakyat Sabah mengundi dengan bijak

SANDAKAN,,.Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meminta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan memilih secara bijak dan matang parti yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan untuk mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 esok.

“Esok adalah hari penting untuk semua rakyat Malaysia memilih sebuah kerajaan bagi menentukan masa depan kita dan masa depan generasi.

“Oleh itu, marilah kita keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab kita dan hak kita dalam sebuah negara demokrasi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Musa yakin rakyat Malaysia khususnya di Sabah akan membuat pilihan dengan bijak dan matang berdasarkan rekod, bukti dan pencapaian kerajaan selama ini untuk terus memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berharap hari pengundian esok akan berjalan dengan lancar, teratur dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata seramai 7,212 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran proses pengundian PRU14 di negeri ini.

Polis Sabah juga sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan lain termasuk di perairan timur Sabah, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

— BERNAMA

scroll to top