Monday , 24 September 2018

Home » Bencana » Myanmar dilanda gempa bumi 6 magnitud

Myanmar dilanda gempa bumi 6 magnitud

January 12, 2018 3:02 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Myanmar dilanda gempa bumi 6 magnitud

YANGON,. Gempa bumi dengan kekuatan enam magnitud melanda kawasan yang terletak kira-kira 40 kilometer di barat bandar Pyu di wilayah tengah Myanmar, awal pagi tadi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, ia disusuli dengan tiga gempa susulan, masing-masing dengan kekuatan 5.3 magnitud.

“Kejadian gempa ini dijangka tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kematian, tetapi keadaan struktur bangunan di wilayah terbabit mungkin menyebabkan ia mudah terjejas kepada sebarang gegaran,” kata USGS.

Menurut USGS, pusat gempa bumi terletak antara Naypyidaw hingga ke hab komersial Yangon, iaitu jarak antara 150 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan diterima.

– AFP

scroll to top