Thursday , 20 June 2019

Home » Dunia » NASA buka ISS kepada pelancong untuk misi angkasawan peribadi

NASA buka ISS kepada pelancong untuk misi angkasawan peribadi

June 9, 2019 7:13 am Category: Dunia, Teknologi A+ / A-
NASA buka ISS kepada pelancong untuk misi angkasawan peribadi

Misi angkasawan peribadi itu dijangka menelan kos US$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak US$35,000 bagi setiap perjalanan. - Foto AP/Fail

WASHINGTON,. NASA pada Jumaat mengumumkan bahawa ia akan membuka Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kepada pelancong, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu berkata ia akan membuka stesen tersebut untuk “misi angkasawan peribadi” dengan membenarkan dua penerbangan setiap tahun, dengan setiap satunya memakan masa maksimum 30 hari.

Misi itu akan menelan kos sebanyak US$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak US$35,000 bagi setiap perjalanan, menurut CNBC.

Langkah itu diambil selepas syarikat seperti Boeing dan SpaceX membangunkan kapsul untuk membawa manusia ke ISS, dan NASA berkata kedua-dua syarikat akan menjaga pelancong terbabit dan keperluan mereka.

Misi peribadi pertama yang dirancang ke ISS ditetapkan seawal tahun 2020, kata agensi angkasa lepas itu.

— BERNAMA

scroll to top