Friday , 17 August 2018

Home » Dunia » Nasihat elak rogol cetus kemarahan

Nasihat elak rogol cetus kemarahan

July 19, 2018 7:33 am Category: Dunia A+ / A-
Nasihat elak rogol cetus kemarahan

Gambar fail, penunjuk perasaan berarak di jalan Manila menyeru Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk meletak jawatan akibat disebabkan Duterte mencium Filipina yang sudah berkahwin di Korea Selatan pada 12 Jun 2018. - Foto AFP

MANILA,. Polis di sebuah bandar di Filipina membangkitkan kemarahan apabila meminta wanita tidak memakai pakaian mendedahkan untuk mengelak dirogol.

Kumpulan hak wanita menuntut polis menarik balik nasihat antirogol yang ‘menyalahkan mangsa’.

Namun ia masih kekal pada laman media sosial polis hari ini, dengan ketua polis negara menyifatkan ia ‘nasihat berunsur kemanusiaan’.

“Jangan pakai pakaian mendedahkan,” menurut salah satu daripada 10 amaran yang disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan polis Angono di pinggir Manila.

Sementara satu lagi berbunyi: “Apabila keluar temu janji, jangan minum alkohol.”

Ia juga menggesa wanita belajar seni mempertahankan diri, membawa gas pemedih mata atau semburan lada dan jangan berjalan berseorangan di dalam gelap.

“Pakaian tidak menyebabkan rogol, perogol yang melakukannya.

“Daripada ‘mengajar’ wanita cara berpakaian dengan baik dan mengehadkan pilihan, polis sepatutnya membantu mendidik masyarakat, terutama lelaki,” Senator Risa

Hontiveros dalam kenyataan.

– AFP

scroll to top