Friday , 17 August 2018

Home » Bisnes » Nova Wellness sasar pasaran Asia Tenggara

Nova Wellness sasar pasaran Asia Tenggara

July 20, 2018 11:49 am Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Nova Wellness sasar pasaran Asia Tenggara

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Penyelidik Nova Wellness, Phang Nyie Lin (tiga dari kiri) melihat paparan skrin pada majlis penyenaraian saham Nova Wellness di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR,. Syarikat farmaseutikal, Nova Wellness Group Bhd, yang memulakan dagangan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities hari ini, bercadang untuk meluaskan perniagaannya di pasaran Asia Tenggara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Penyelidik Nova Wellness, Phang Nyie Lin, berkata syarikat itu menyasarkan pasaran Indonesia dan Thailand, dengan proses perbincangan sedang dijalankan untuk pelantikan ejen tunggal di kedua-dua negara berkenaan.

“Sehingga kini, kami mempunyai enam produk memasuki pasaran Indonesia dan tujuh produk di Thailand. Kami juga akan memulakan perniagaan dalam talian untuk melihat prestasi pasaran di sana, sebelum mencari ejen tunggal untuk menjadi pengedar produk kami

“Proses perbincangan dijangka akan mengambil masa selama dua tahun,” katanya pada selepas majlis penyenaraian saham Nova Wellness di sini, hari ini.

Nova Wellness memulakan sesi dagangannya di Pasaran Ace dengan positif apabila meraih premium 10 sen daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 55 sen.

Beliau berkata, syarikat itu dijangka mengumpul RM44.91 juta menerusi penyenaraian di pasaran ACE, yang mana 36.7 peratus atau RM16.5 juta akan digunakan untuk pembinaan dua blok kilangnya.

“25.8 peratus atau RM11.6 juta akan digunakan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) manakala 11.2 peratus RM5 juta adalah untuk meluaskan pasaran peruncitan syarikat.

“20.5 peratus atau RM9.2 juta akan digunakan untuk modal kerja manakala baki 5.8 peratus atau RM2.6 juta adalah bagi membiayai perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

IPO Nova Wellness menerbitkan 81.66 juta saham baharu dengan 16 juta daripadanya adalah untuk umum, dengan 15 juta diperuntukkan bagi pengarah dan pekerja dan 50.66 juta lagi diperuntukkan kepada pelabur terpilih.

Aktiviti utama syarikat itu membabitkan pembangunan, pengeluaran dan jualan produk penjagaan kulit dan neutraseutikal di bawah jenama miliknya dan pembangunan OEM.

scroll to top