Wednesday , 17 July 2019

Home » Dunia » NZ lancar skim beli-balik senjata separa automatik

NZ lancar skim beli-balik senjata separa automatik

June 20, 2019 11:06 am Category: Dunia A+ / A-
NZ lancar skim beli-balik senjata separa automatik

Menteri kewangan, Grant Robertson

WELLINGTON,. Kerajaan New Zealand semalam melancarkan skim ‘beli-balik’ bernilai jutaan dolar selama enam bulan sebagai pampasan kepada pemilik senjata api separa automatik yang diharamkan susulan serangan maut ke atas dua masjid di Christchurch.

Menteri kewangan, Grant Robertson dan Menteri Polis, Stuart Nash berkata dalam satu kenyataan bersama, sejumlah NZ$208 juta (RM567.5 juta) disediakan bagi membayar pampasan sehingga 95 peratus kos asal kepada pemilik senjata api jenis separa automatik yang diharamkan.

Mereka diberi tempoh sehingga 20 Disember untuk menyerahkan senjata.

Parlimen meluluskan undang-undang baharu senjata api, yang pertama seumpamanya di negara itu sejak berdekad lalu selepas meraih 119 undi berbalas 1 pada April lalu.

Kerajaan juga sedang mengusahakan pindaan ke atas rang undang-undang senjata kedua, bagi menangani isu antara lainnya berkaitan pendaftaran senjata api.

Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitahu pemberita Isnin lalu bahawa beliau menjangkakan kerajaan akan mengumumkan rancangan berhubung undang-undang baharu itu dalam masa beberapa minggu lagi. – Reuters

scroll to top