Tuesday , 25 June 2019

Home » Bisnes » Operasi AirAsia Vietnam dijangka bermula Ogos 2019

Operasi AirAsia Vietnam dijangka bermula Ogos 2019

December 10, 2018 2:15 pm Category: Bisnes A+ / A-
Operasi AirAsia Vietnam dijangka bermula Ogos 2019

HANOI,. Rakan perniagaan AirAsia Group Bhd di Vietnam, Thien Minh Group, menjangkakan syarikat penerbangan itu akan mula beroperasi pada Ogos tahun depan, sekali gus menyertai kumpulan syarikat penerbangan kos rendah lain di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Thien Minh Group, Tran Trong Kien, berkata syarikat penerbangan domestik itu akan memohon lesen penerbangan pada Februari tahun depan dan menjangka menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan dalam tempoh enam bulan.

Syarikat penerbangan itu bakal menjadi peserta terbaharu selepas Bamboo Airways di Vietnam, pasaran yang dikuasai syarikat penerbangan Vietnam milik kerajaan negara itu, JSC dan VietJet Aviation Joint Stock Co.

Menurut Trong Kien, usaha sama itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, semasa mesyuarat pada 6 Disember lalu antaranya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Syarikat penerbangan itu merancang untuk menggunakan lima atau enam pesawat Airbus SE A320 dan A321 bagi laluan domestik antara Hanoi, Da Nang dan beberapa bandar lain, termasuk penerbangan serantau.

Katanya, jumlah penerbangan dijangka akan bertambah sehingga 30 pesawat dalam tempoh tiga tahun.

Menerusi perjanjian yang ditandatangani pada Mac tahun lalu, AirAsia akan memperoleh 30 peratus kepentingan dalam Hai Au Aviation dengan Gumin Co, yang diketuai Kien, dengan pegangan kepentingan sebanyak 70 peratus.

Syarikat penerbangan itu sasar untuk memperoleh 20 hingga 30 peratus bahagian pasaran dalam tempoh sedekad.

Bamboo Airways, milik FLC Group JSC, sasar untuk memulakan penerbangan pada 29 Disember.

Thien Minh Group memiliki Victoria Hotels & Resorts di Vietnam dan Laos serta Hai Au Aviation Joint Stock Co, yang mengendalikan empat pesawat laut untuk pelancong di Lapangan Antarabangsa Noi Bai.

-Bloomberg

scroll to top