Monday , 22 October 2018

Home » Bisnes » OPPO F9 memperkenalkan Starry Purple

OPPO F9 memperkenalkan Starry Purple

October 3, 2018 4:11 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
OPPO F9 memperkenalkan Starry Purple

KUALA LUMPUR,. OPPO sekali lagi mengujakan peminat jenama itu dengan memperkenalkan edisi OPPO F9 yang baharu iaitu Starry Purple.

Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia, Nikki Chen menyatakan pemilihan Starry Purple adalah untuk memberikan lebih banyak pilihan dan menarik perhatian pengguna muda.

“OPPO mahu memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna muda dan oleh itu kami cuba yang terbaik dengan menyediakan corak berwarna ungu ini untuk menarik perhatian mereka,” katanya ketika ditemubual.
2fc01cb2411380f10c86fd292cd2e4be
Untuk keluaran kali ini juga, OPPO berkolaborasi bersama jenama kosmetik antarabangsa, Shiseido.

Kerjasama ini telah menghasilkan kotak edisi terhad bagi rona terbaharu F9 dan juga didatangi dengan gincu Shiseido bermodel Rouge dalam rona Primerose Sun bernilai RM108 .

Malah pelanggan yang membeli kotak edisi terhad ini juga berpeluang untuk mendapatkan servis solekan flash yang direka secara ekslusif bagi OPPO F9 Starry Purple.

Terdapat dua jenis pilihan solekan yang boleh dipilih iaitu solekan Harian Romantik atau Malam yang Chic dan Anggun.

OPPO F9 didatangkan dengan ciri OPPO VOOC flash charge yang mampu memberikan waktu berbual dua jam dengan pengecasan lima minit. F9 juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang Al-enhanced ( 16MP+2MP)

Untuk edisi kali ini, penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat dan selebriti dari Taiwan Hebe Tien telah dipilih sebagai duta OPPO F9 Staryy Purple.

OPPO F9 x SHISEIDO STARRY PURPLE boleh ditempah bermula 3 hingga 5 Oktober di laman web Lazada.

scroll to top