Tuesday , 20 November 2018

Home » Nasional » Orang ramai digesa manfaatkan ‘My Online Pasport’ Imigresen

Orang ramai digesa manfaatkan ‘My Online Pasport’ Imigresen

November 8, 2018 11:00 am Category: Nasional, Teknologi A+ / A-
Orang ramai digesa manfaatkan ‘My Online Pasport’ Imigresen

Datuk Seri Mustafar Ali., berkata "My Online Pasport amat memudahkan rakyat kerana mereka tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk memperbaharui pasport Foto/Asianews

SHAH ALAM,. Orang ramai digalak memanfaatkan perkhidmatan dalam talian ‘My Online Pasport’ Jabatan Imigresen Malaysia bagi memperbaharui pasport mereka.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata perkhidmatan itu yang disediakan menerusi laman web rasmi jabatan sejak dua tahun lepas, dilihat kurang diberi perhatian oleh orang ramai apabila hanya 9,178 permohonan pembaharuan pasport diterima setakat ini.

“My Online Pasport amat memudahkan rakyat kerana mereka tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk memperbaharui pasport malah mereka boleh memilih cawangan pejabat imigresen untuk mengambil pasport yang telah selesai proses pembaharuan dan pembayaran secara debit atau kad kredit.

“Sebagai contoh, jika pemohon yang berada di Kuala Lumpur tetapi mahu mengambil pasport di kaunter imigresen di Johor, mereka boleh berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall, di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafar memberitahu sebanyak 40,590 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan jabatan tersebut dalam 12,569 operasi yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Jan lepas hingga semalam.

“Di Selangor sahaja, 4,386 PATI ditahan hasil pemeriksaan terhadap 14,043 warga asing melibatkan 722 operasi. Operasi membanteras kemasukan PATI ini kita terus lakukan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata dalam siri operasi sepanjang 10 bulan pertama tahun ini juga, sebanyak 164,471 warga asing diperiksa selain 1,163 majikan ditahan kerana melanggar undang-undang iaitu menggaji PATI.

— BERNAMA

scroll to top