Wednesday , 26 September 2018

Home » Nasional » Pakatan Harapan Celaru, Gagal Pilih Calon PM Terbaik – Shahidan

Pakatan Harapan Celaru, Gagal Pilih Calon PM Terbaik – Shahidan

January 14, 2018 7:41 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Pakatan Harapan Celaru, Gagal Pilih Calon PM Terbaik – Shahidan

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

ARAU,. Kecelaruan dalam kalangan kepimpinan parti pembangkang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) gagal menentukan siapakah bakal perdana menteri yang terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata situasi itu sekali gus menunjukkan hasrat untuk PH mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak akan terlaksana.

“Jika nak bentuk kerajaan, mereka perlu ada sokongan yang kuat dan padu serta kepercayaan daripada rakyat.”

“Kepimpinan mereka juga (PH) hendaklah sepakat sesama mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 250 pelajar cemerlang Parlimen Arau dekat sini hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata kerajaan sekarang adalah berjiwa rakyat dan rakyat kini sudah bijak menilai.

“Jika dilihat pembahagian kerusi PH antara sesama parti mereka sudah jelas menunjukkan mereka sendiri tidak mahu dia (Mahathir) menjadi Perdana Menteri,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top