Sunday , 23 September 2018

Home » Nasional » Pameran DSA, Natsec dibuka hari ini libatkan 1,500 syarikat pertahanan

Pameran DSA, Natsec dibuka hari ini libatkan 1,500 syarikat pertahanan

April 17, 2018 9:25 am Category: Nasional A+ / A-
Pameran DSA, Natsec dibuka hari ini libatkan 1,500 syarikat pertahanan

Datuk Seri Mohd Johari Baharum ketika melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).semalam

KUALA LUMPUR,.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum hari ini menghadiri acara kunjungan rasmi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini.

Johari yang diiringi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar ruang pameran itu.

Pameran itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota delegasi luar negara dari 45 negara.

Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis perasmian DSA edisi ke-16 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988.

— BERNAMA

scroll to top