Tuesday , 16 October 2018

Home » Dunia » Parlimen Belanda kemuka usul tidak percaya

Parlimen Belanda kemuka usul tidak percaya

February 14, 2018 11:15 am Category: Dunia, Politik A+ / A-
Parlimen Belanda kemuka usul tidak percaya

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte (kanan) dan Ahli Parlimen, Geert Wilders.

THE HAGUE,. Ahli Parlimen Belanda memulakan proses undian usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Mark Rutte, semalam, selepas Menteri Luar, Halbe Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya.

Zijlstra meletak jawatan selepas didapati menipu berhubung pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Proses undian itu diterajui Ahli Parlimen, Geert Wilders yang menyelar skandal itu dan menganggap ia sebagai ‘sesuatu yang tidak dapat diterima’.

Parti gabungan yang diketuai oleh Rutte hanya mempunyai satu kerusi majoriti di Dewan Rakyat yang mempunyai 150 kerusi, namun media tempatan menjangkakan sukar untuk usul itu diluluskan.

– AFP

scroll to top