Wednesday , 14 November 2018

Home » Nasional » PAS ketengah dua isu utama dalam kempen

PAS ketengah dua isu utama dalam kempen

August 18, 2018 12:06 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PAS ketengah dua isu utama dalam kempen

Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA,. Kegagalan menunaikan janji 100 hari dan ketidakseimbangan komposisi wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor antara isu yang akan diketengahkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dua isu terbabit penting kerana rakyat mula terkesan dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Dalam konteks negeri, keperluan suara pembangkang yang kuat untuk mengimbangi kerajaan negeri. Kita cuma ada lima suara pembangkang dalam DUN Selangor. Sebab itu kita perlu ada semak dan imbang yang kuat dalam kerajaan negeri.

“Yang kedua apabila peralihan berlaku, rakyat boleh menilai prestasi 100 hari yang kerajaan janji dan sejauh mana kerajaan menunaikan harapan rakyat. Ini antara dua isu yang akan kita bawa,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, rakyat menyatakan kekecewaan mereka menerusi media sosial akibat kegagalan kerajaan menunaikan janji dalam manifesto.

“Kita melihat pilihan raya umum baru-baru ini, rakyat ‘termakan’ dengan (laporan) media sosial kerana mereka ingin melihat perubahan kepada negara.

“Sebaliknya apa yang berlaku mereka menyuarakan rasa kecewa menerusi media sosial malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi markah 33 peratus terhadap prestasi PH,” katanya.

scroll to top