Sunday , 22 October 2017

Home » Bisnes » Pasaran Rumpai Laut Berpotensi Lebih Luas

Pasaran Rumpai Laut Berpotensi Lebih Luas

August 11, 2017 1:24 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Pasaran Rumpai Laut Berpotensi Lebih Luas

Industri rumpai laut berpotensi untuk dipasarkan ke antarabangsa

KUALA LUMPUR, 11 Ogos Potensi pasaran rumpai laut ini adalah amat meluas sekali kerana boleh dipasarkan ke serata dunia. Produk ini juga boleh dijadikan bermacam-macam dan pelbagai kegunaan pada masa sekarang. Pelbagai jenis produk kecantikan menggunakan hasil dari rumpai laut ini.

Pengarah Urusan Comfort Rich Sdn Bhd Anuar Ma Yusof berkata rumpai laut boleh didapati dalam jumlah banyak di perairan Semporna, Sabah dan dapat memenuhi permintaannya yang semakin meningkat.
RUMPAI
Produk berasaskan rumpai laut keluaran Malaysia ini juga berpotensi untuk dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa berikutan hasil laut negara itu berkualiti tinggi.

“Ramai yang masih tidak menyedari potensi dimiliki rumpai laut untuk dijadikan perniagaan. Pada asasnya bahan ini mendapat permintaan tinggi kerana ia antara campuran digunakan dalam penghasilan yogurt, jus minuman, kek serta coklat.

“Rumpai laut juga digunakan sebagai campuran dalam menghasilkan produk kecantikan seperti sabun, pelembab, pencuci muka dan juga syampu, ” kata Anuar yang menjalankan perniagaan berasaskan rumpai laut kepada Bernama.

Bagaimanapun beliau berkata tidak ramai di negara ini yang terlibat dalam industri itu, baik sebagai penjual, pembekal dan pemproses, selain yang terlibat dalam mempromosinya.

Rumpai laut yg masih belum di tuai

Rumpai laut yg masih belum di tuai

Beliau berkata dengan kelebihan memiliki sumber yang banyak, Malaysia mampu menjadi antara pengeluar utama produk berasaskan rumpai laut sekaligus dapat menyaingi perniagaan besar dari negara jiran seperti Filipina, pengeluar utama rumpai laut dan produk berkaitan di peringkat antarabangsa, selain Indonesia. Hasil laut negara itu, katanya mendapat permintaan tinggi terutama dari India dan Singapura.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata syarikatnya yang berpangkalan di Shah Alam kini dalam proses untuk mengeluarkan produk makanan halal berasakan rumpai laut bagi haiwan ternakan dan peliharaan.

“Kami menyasarkan dapat mengeluarkan makanan haiwan ternakan dan peliharaan berasaskan rumpai laut dalam bentuk dedak untuk ayam, ikan, lembu, makanan kucing dan juga anjing pada tahun ini.

“Kami yakin ia akan mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana makanan dihasilkan lebih berkualiti dan terbukti menerusi kajian makmal selain lebih murah kerana menggunakan sumber tempatan, ” katanya.

Pengenalan produk baharu itu diharap dapat meningkatkan nilai keseluruhan jualan tahunan syarikat sehingga mencecah RM10 juta, katanya.

— BERNAMA

scroll to top