Thursday , 25 April 2019

Home » Bisnes » Pasukan perunding AS tiba di Beijing

Pasukan perunding AS tiba di Beijing

February 11, 2019 12:57 pm Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Pasukan perunding AS tiba di Beijing

Jeffrey Gerrish (tengah) bersama pasukan perunding AS tiba di Beijing. - Foto AFP

BEIJING,. Perunding Amerika Syarikat (AS) berada di Beijing hari ini bagi satu lagi pusingan rundingan berhubung perjanjian perdagangan.

Perbincangan awal pegawai peringkat rendah akan diadakan sebelum Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin melangkah ke acara utama pada Khamis dan Jumaat.

Disember lalu Washington menggantung rancangan menaikkan tarif import bernilai AS$200 bilion kepada 25 peratus daripada 10 peratus ketika ini, bagi memberi ruang runding untuk menyelesaikan persengketaan perdagangan yang telah mencetuskan kebimbangan kelembapan ekonomi global.

Perbincangan pusingan sebelumnya di Washington bulan lalu berakhir tanpa kesepakatan.

Timbalan perwakilan perdagangan Jeffrey Gerrish akan mengetuai delegasi AS dalam pertemuan persediaan yang bermula hari ini, kata Rumah Putih.

Rundingan itu akan membabitkan pegawai dari jabatan pertanian, tenaga dan perdagangan.

Gerrish meninggalkan hotelnya di pusat bandar Beijing hari ini tanpa bercakap dengan media.

Mnuchin dan Lighthizer akan disertai David Malpass, calon Trump untuk jawatan presiden Bank Dunia.

Delegasi Cina akan diketuai Naib Premier Liu He, yang akan disertai gabenor bank pusat Yi Gang. – AFP

scroll to top