Monday , 23 April 2018

Home » Dewan Rakyat » ‘Patuhi embargo dokumen’

‘Patuhi embargo dokumen’

March 22, 2018 12:30 pm Category: Dewan Rakyat, Nasional A+ / A-
‘Patuhi embargo dokumen’

Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR,. Ahli Parlimen dilarang membawa keluar dan membocorkan maklumat dalam dokumen kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata arahan tegas itu adalah selaras dengan ketetapan dokumen tidak boleh disiarkan sehingga dibentangkan pada 28 Mac ini.

Beliau berkata, mengikut peraturan mesyuarat 95A, dokumen itu dibenarkan dibawa tetapi maklumatnya tidak boleh disiarkan dengan apa cara sekali pun.

“Kalau apa yang terkandung dalam dokumen itu tersiar, pihak yang menyiarkan melanggar peraturan mesyuarat dan menghina majlis,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan beberapa ahli Dewan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan ketetapan terbaru itu.

Antara yang meminta penjelasan berhubung ketetapan berkenaan ialah Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) dan Datuk Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena).

scroll to top