Wednesday , 26 September 2018

Home » Nasional » PBB bincang hala tuju Rabu ini

PBB bincang hala tuju Rabu ini

May 13, 2018 1:36 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PBB bincang hala tuju Rabu ini

KUCHING,. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengadakan mesyuarat khas untuk memutuskan langkah seterusnya parti itu selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, mengesahkan khabar angin itu dan menjelaskan mesyuarat majlis tertinggi parti akan diadakan Rabu ini.

Bagaimanapun, Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden PBB, enggan mengulas lanjut mengenai fokus mesyuarat yang akan diadakan di ibu pejabat parti berkenaan di Jalan Bako, Petra Jaya dekat sini, nanti.

“Ia adalah mesyuarat majlis tertinggi parti kami dan tidak membabitkan parti komponen BN lain,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada PBB, parti politik terbesar di Sarawak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), Awang Tengah enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta semua pihak menunggu keputusan mesyuarat nanti.

Beliau juga enggan mengesahkan pertemuan antara Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berlaku di ibu negara, baru-baru ini.

Terdahulu, Awang Tengah melancarkan HackWeekend IDECS, acara untuk menguji kolaborasi berpasukan bagi menyelesaikan masalah pengaturcaraan komputer.

Sebanyak 12 pasukan yang menyertai acara itu akan berusaha menyelesaikan tiga tema penting dalam ekonomi digital negeri itu.

scroll to top