Monday , 23 October 2017

Home » Nasional » Pelan Induk Teknologi Hijau dilancar

Pelan Induk Teknologi Hijau dilancar

October 12, 2017 2:38 pm Category: Nasional A+ / A-
Pelan Induk Teknologi Hijau dilancar

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (dua, kiri), menyaksikan pertukaran dukomen persefahaman diantara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Prasarana, Datuk Seri Azman Abd Aziz (kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif, Green Tech Malaysia Corporation, Dr Mohd Azman Zainul Abidin (kiri), ketika majlis perasmian " 8th International Greentech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia ", di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dilancarkan hari ini dijangka melonjak lagi pertumbuhan teknologi hijau negara dengan pulangan sebanyak RM180 bilion menjelang 2030.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pelan itu juga disasarkan dapat memberikan lebih 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh yang sama.

Katanya, GTMP yang menggariskan rangka strategik bagi pembangunan teknologi hijau negara itu akan dapat mewujudkan peluang ekonomi dengan penggunaan karbon yang rendah dan pengendalian sumber cekap.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (tengah), menunjukkan buku Pelan Teknologi Hijau ketika majlis perasmian " 8th International Greentech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia ", di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (tiga, kiri), dan Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (tiga, kanan). - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (tengah), menunjukkan buku Pelan Teknologi Hijau ketika majlis perasmian ” 8th International Greentech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia “, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (tiga, kiri), dan Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (tiga, kanan). – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

“Paling penting GTMP diwujudkan bagi membolehkan kerangka kerja yang konsisten dalam menyelaras pihak berkepentingan untuk membangunkan teknologi hijau di negara ini,” katanya berucap melancarkan pelan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Pelan itu dilancarkan sempena pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia Kelapan (IGEM 2017).

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang.

Maximus berkata, GTMP adalah usaha bersepadu untuk memanfaatkan teknologi hijau bagi mengimbangi keperluan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

Katanya, pelan itu juga menjadi petunjuk kepada masa depan yang lebih mesra alam dengan meletakkan asas bagi perubahan menyeluruh dalam pembangunan sosiekonomi yang mematuhi prinsip kelestarian.

“Dengannya GTMP akan menghasilkan keputusan jangka panjang yang berkesa bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pergerakan hijau global selaras aspirasi Transformasi Nasional (TN50),” katanya.

scroll to top