Wednesday , 22 August 2018

Home » Dunia » pelancong Russia di rogol 6 ditahan

pelancong Russia di rogol 6 ditahan

July 19, 2018 4:30 pm Category: Dunia A+ / A-
pelancong Russia di rogol 6 ditahan

NEW DELHI,. Polis India menahan enam lelaki hari ini selepas seorang pelancong Russia didakwa diberi dadah dan dirogol di bandar pelancongan popular di selatan negara itu.

Laporan media menyebut, mangsa yang berusia 21 tahun mempunyai kesan gigitan pada muka dan lengan ketika ditemui dalam keadaan bogel dan tidak sedarkan diri di atas lantai bilik hotel bajet awal Isnin lalu.

Wanita berkenaan, yang melancong seorang diri, tiba di bandar Tiruvannamalai di negeri Tamil Nadu , 190 kilometer dari Chennai, Khamis lalu.

Mereka yang ditahan termasuk pengurus hotel bajet itu dan pemandu pelancong mangsa, yang memberitahu dia menemui mangsa di atas lantai beberapa jam selepas mereka mengadakan hubungan seks suka sama suka, kata seorang lagi penyiasat.

Katanya, mangsa dirawat di hospital kerana dos dadah berlebihan dan kecederaan ringan, dengan usaha dilakukan untuk merekodkan kenyataannya.

Laporan mengesahkan berlaku serangan seksual.

Keganasan seksual meningkat di India dengan hampir 110 kes rogol dilaporkan setiap hari tetapi aktivis berkata perangkaan itu cuma sebahagian kecil daripada banyak kes yang tidak dilaporkan.

Ramai pelancong asing diserang secara seksual di India sejak beberapa bulan ini.

– AFP

scroll to top