Saturday , 17 November 2018

Home » Nasional » Pemilihan PKR: Dr Xavier serah kepada ahli

Pemilihan PKR: Dr Xavier serah kepada ahli

October 21, 2018 3:34 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Pemilihan PKR: Dr Xavier serah kepada ahli

Dr Xavier Jayakumar./Foto GERBANGPOST

KUALA LANGAT,. Calon Ketua Cabang Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar menyerahkan segala keputusan kepada pengundi sama ada mahu memilih dirinya mengepalai jentera parti cabang itu atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau yakin ramai akan memilih dirinya demi perjuangan parti.

“Orang mahu pilih atau tidak, itu terpulang tetapi sebagai Ahli Parlimen, ramai mahu mengikut saya.

“Pengundi yang akan memilih di cabang ini kira-kira 15,000 namun jumlah yang akan mengundi hari ini, tidak dapat dijangka,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Xavier yang turut bertanding untuk jawatan Naib Presiden parti tiba kira-kira jam 10.40 pagi.

Beliau turut meluangkan masa berjumpa dengan perwakilan sebelum masuk ke tempat mengundi.

Sementara itu, keadaan di pusat pengundian di Dewan Sri Jugra,di sini, berlaku kesesakan berikutan kehadiran ramai ahli yang mahu memilih kepemimpinan parti yang baharu.

Ada antara ahli mengeluh kerana terpaksa beratur lama malah ada segelintir yang cuba mencetuskan provokasi dengan melaungkan perkataan ‘rempuh’.

Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas ditenangkan oleh petugas.

scroll to top