Saturday , 17 November 2018

Home » Nasional » Pemilihan PKR: Keputusan Melaka, NS tangguh akibat masalah teknikal – JPP

Pemilihan PKR: Keputusan Melaka, NS tangguh akibat masalah teknikal – JPP

October 21, 2018 1:25 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Pemilihan PKR: Keputusan Melaka, NS tangguh akibat masalah teknikal – JPP

Datuk Rashid Din

KUALA LUMPUR,. Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal dipaparkan dalam laman berkenaan.

“Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang negeri Selangor dan Perlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan dan Melaka berlangsung semalam dengan Negeri Sembilan melibatkan lapan cabang dan jumlah anggota layak mengundi ialah 14,788.

Pemilihan di Melaka menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. – BERNAMA

scroll to top