Thursday , 13 December 2018

Home » Nasional » Pemimpin PH bersatu lupakan permusuhan lama hingga menang PRU14

Pemimpin PH bersatu lupakan permusuhan lama hingga menang PRU14

October 9, 2018 9:46 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Pemimpin PH bersatu lupakan permusuhan lama hingga menang PRU14

Pengerusi Pakatan Harapan itu prinsip sama turut dipegang olehnya dan apa lagi penting adalah menjatuhkan kerajaan terdahulu.

PORT DICKSON,. Pakatan Harapan tidak akan tertubuh jika terlalu mengambil kira permusuhan lama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya kesediaan calon Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin daripada parti pembangkang terdahulu melupakan permusuhan menjadi faktor kemenangan Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

“Kalau Anwar nak fikir apa terjadi pada dia, saya fikir kita tidak boleh bersatu.

“Begitu juga dengan Lim Guan Eng dan Mat Sabu, kalau nak ikutkan mereka pun pernah masuk dalam,” katanya dalam Ceramah Mega Anwar dan Mahathir di Waterfront Port Dickson.

Tambah Pengerusi Pakatan Harapan itu prinsip sama turut dipegang olehnya dan apa lagi penting adalah menjatuhkan kerajaan terdahulu .

“Kalau nak kira masa lalu, saya pun orang panggil saya macam-macam juga, maha firaun, diktator,” katanya.

Ceramah Mega Mahathir – Anwar mencatat sejarah apabila Dr Mahathir dan Anwar kembali berkongsi pentas buat pertama kali selepas 20 tahun.

Ini juga merupakan kali pertama Dr Mahathir turun berkempen sebagai perdana menteri untuk ahli partinya.

Anwar akan berentap dengan enam calon lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

scroll to top