Warning: getimagesize(/home/gerbangpost/public_html/wp-content/uploads/2018/12/81544271282_drogba.jpg): failed to open stream: No such file or directory in /home/gerbangpost/public_html/wp-content/plugins/wonderm00ns-simple-facebook-open-graph-tags/public/class-webdados-fb-open-graph-public.php on line 903

Warning: getimagesize(/home/gerbangpost/public_html/wp-content/uploads/2018/12/81544271282_drogba.jpg): failed to open stream: No such file or directory in /home/gerbangpost/public_html/wp-content/plugins/wonderm00ns-simple-facebook-open-graph-tags/public/class-webdados-fb-open-graph-public.php on line 903

Sunday , 24 March 2019

Home » Sukan » Peminat Chelsea FC di Malaysia teruja bertemu Drogba

Peminat Chelsea FC di Malaysia teruja bertemu Drogba

December 9, 2018 7:33 am Category: Sukan A+ / A-

Jose Mourinho

Didier Drogba, nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak dunia, menjejakkan kaki di ibu negara tengah hari Sabtu bagi memenuhi 'undangan' peminatnya. -Foto Bernama

Didier Drogba, nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak dunia, menjejakkan kaki di ibu negara tengah hari Sabtu bagi memenuhi ‘undangan’ peminatnya. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR,. Kelibatnya mengujakan ratusan peminat bola sepak, terutamanya penyokong pasukan Chelsea FC.

Didier Drogba, nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak dunia, menjejakkan kaki di ibu negara tengah hari Sabtu bagi memenuhi ‘undangan’ peminatnya.

Bertempat di sebuah pusat membeli-belah ternama, di sini, ratusan peminat legenda kelab Liga Perdana Inggeris itu berpusu-pusu untuk bertemu idola mereka.

Menurut laporan Bernama, acara yang bermula 12 tengah hari tadi itu dimulakan dengan persembahan ‘freestyle’ bola sepak, diikuti permainan khas untuk peminat terpilih.

Orang ramai mula bersorak sebaik sahaja bekas penyerang ‘The Blues’ itu hadir pada sesi berkenaan. Beliau juga berpeluang menjawab beberapa soalan daripada peminat Chelsea FC semasa sesi soal-jawab yang berlangsung kira-kira setengah jam.

Pemain kelahiran Ivory Coast berusia 40 tahun itu yang sudah bersara daripada arena bola sepak, dan merupakan duta global Yokohama, kini dalam lawatan ke beberapa pasaran utama syarikat berkenaan berikutan kejayaan kempen jualan dan pemasaran, bermula September hingga November tahun ini.

Yokohama Rubber Co adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea FC yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali dan juga juara bertahan Piala FA.

Drogba menjaringkan lebih 100 gol untuk Chelsea FC dalam Liga Perdana Inggeris, dan memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali, serta juara Liga Juara-Juara Eropah pada 2012.

Drogba pernah memenangi 12 trofi utama, semasa dua kali bersama kelab berkenaan, dari 2004-2012 dan 2014-15.

scroll to top