Monday , 10 December 2018

Home » Sukan » ‘Pengadil bunuh permainan kami’

‘Pengadil bunuh permainan kami’

September 24, 2018 7:55 am Category: Sukan A+ / A-
‘Pengadil bunuh permainan kami’

Lim Teong Kim menganggap pengadil membunuh permainan pasukannya

KUALA LUMPUR,. Jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Lim Teong Kim menganggap pengadil membunuh permainan pasukannya selepas tewas 2-4 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan A Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pengendali berkenaan menyifatkan kad merah yang dilayangkan Omar Mohamed Ahmed Hassan kepada Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-51 selepas didakwa melakukan kekasaran terhadap pemain lawan sebagai punca utama kekalahan itu.

“Saya fikir selepas kami bangkit mengikat kedudukan 2-2, pengadil membunuh permainan kami. Jika dia tahu mengenai bola sepak, ia jelas bukan kad merah.

“Saya tidak setuju dengan kad merah itu dan ia memberi kesan kepada permainan kami. Beraksi kurang seorang pemain bukan mudah, tapi inilah bola sepak,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kekal dengan tiga mata hasil kemenangan 6-2 ke atas Tajikistan, Khamis lalu, sementara Thailand yang tewas 2-5 kepada Jepun turut mengumpul jumlah mata yang sama.

scroll to top