Friday , 19 October 2018

Home » Dunia » Penggodam Yahoo dipenjara 5 tahun

Penggodam Yahoo dipenjara 5 tahun

May 30, 2018 12:48 pm Category: Dunia, Nasional, Teknologi A+ / A-
Penggodam Yahoo dipenjara 5 tahun

SAN FRANCISCO,. Seorang lelaki yang didakwa bersekongkol dengan ejen perisikan Russia dalam serangan siber di Yahoo dijatuhi hukuman penjara lima tahun hari ini, selepas membuat rayuan.

“Mengikut perjanjian yang dipersetujui, Karim Baratov, 23, yang berhijrah ke Kanada dari Kazakhstan juga bersetuju untuk membayar denda, termasuk ‘membabitkan semua aset miliknya,” kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Baratov berada dalam tahanan Amerika Syarikat sejak di ekstradisi dari Kanada tahun lalu atas jenayah menggodam, pengintipan komersial dan jenayah yang berkaitan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa ejen risikan Russia mengupah Baratov dan penggodam lain untuk melakukan serangan terhadap Yahoo dari 2014 hingga 2016.

Pelanggaran data itu menjejaskan 500 juta akaun Yahoo dan ia adalah salah satu serangan siber terbesar dalam sejarah.

“Hukuman yang dikenakan itu mencerminkan betapa seriusnya jenayah mengupah khidmat penggodam,” kata pendakwa raya, Alex Tse.

Serangan siber itu menyasar pegawai kerajaan Russia dan Amerika Syarikat, keselamatan siber, kakitangan diplomatik dan tentera, wartawan, syarikat dan firma kewangan.

– AFP

scroll to top