Sunday , 26 May 2019

Home » Nasional » Penjawat awam Melaka terima bonus RM1,000

Penjawat awam Melaka terima bonus RM1,000

May 16, 2019 5:40 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Penjawat awam Melaka terima bonus RM1,000

Ketua Menteri Adly Zahari

MELAKA,. Penjawat awam negeri Melaka akan menerima bonus RM1,000 yang akan dibayar bersama gaji pada bulan ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pemberian itu melibatkan 5,300 penjawat awam negeri ini dengan peruntukan RM5.3 juta disediakan oleh kerajaan negeri.

“Ini diharap dapat meringankan persiapan penjawat awam menjelang Aidilfitri ini nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 5 Jun ini.

— BERNAMA

scroll to top