Monday , 21 May 2018

Home » Bisnes » Penjelasan dasar ekonomi kerajaan baharu akan pulihkan ringgit

Penjelasan dasar ekonomi kerajaan baharu akan pulihkan ringgit

May 11, 2018 12:05 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Penjelasan dasar ekonomi kerajaan baharu akan pulihkan ringgit

KUALA LUMPUR,. Ringgit yang jatuh dalam dagangan luar pesisir susulan kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), akan terus berdepan tekanan, sehinggalah terdapat penjelasan terperinci mengenai dasar ekonomi oleh kerajaan baharu.

Niaga hadapan tidak diserah sebulan bagi ringgit jatuh 1.7 peratus kepada 4.0461 berbanding dolar AS hari ini.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research, Pong Teng Siew menjangkakan yang ringgit akan ditutup pada 4.05 berbanding dolar AS dalam jangka masa sederhana.

“Reaksi mengejut ini akan melemahkan ringgit susulan pengumuman rancangan tindakan PH. Di bawah manifesto PH, ia akan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang boleh menjadi negatif kepada ringgit untuk jangka pendek,” katanya kepada NSTP.

Ketua Penyelidikan MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman berkata, akan ada kerugian hasil dan pembayaran pampasan apabila PH mahu memenuhi janji pilihan raya untuk menghapuskan GST dan bayaran tol lebuh raya.

“Ini akan menjadi tanda tanya mengenai kebolehan kerajaan persekutuan baharu untuk mengawal defisit belanjawan,” katanya.

Mohd Redza berkata ringgit mungkin dapat dikukuhkan lagi jika PH boleh menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan kebimbangan ini melalui perbelanjaan berhemah, seperti menyelesaikan isu-isu yang diketengahkan oleh laporan Ketua Audit Negara

Ketua strategi mata wang global & penyelidikan pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata pasaran modal tempatan akan mula didagangkan minggu depan dan kerajaan baharu perlu menyelesaikan ketidakpastian ini sebelum hujung minggu ini.

Beliau berkata walaupun pengenalan GST bukan tindakan popular, namun ia mencapai matlamat meningkatkan pendapatan kerajaan.

“Pelabur mahu melihat pelan yang mampan untuk mengimbangi hasil kerajaan yang sudah hilang.

“Jika terdapat keraguan daripada pelabur mengenai perkara ini, ia boleh membawa kepada beberapa komen yang kurang baik daripada agensi penarafan dan menyebabkan beberapa pengeluaran oleh pelabur antarabangsa dalam pasaran bon,” katanya.

scroll to top