Tuesday , 23 July 2019

Home » Sukan » Perak raih kemenangan dramatik, Kuala Lumpur terus tertekan

Perak raih kemenangan dramatik, Kuala Lumpur terus tertekan

July 11, 2019 7:41 am Category: Sukan A+ / A-
Perak raih kemenangan dramatik, Kuala Lumpur terus tertekan

KUALA LUMPUR,. Perak bangkit daripada ketinggalan dua kali, sebelum melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Selangor, pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Mehmet Durakovic yang masih dihantui kekalahan 0-3 kepada juara liga Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu lepas, ketinggalan 0-1 pada minit ke-29 selepas pemain import Selangor dari Australia, Taylor Regan bijak memanfaatkan kekalutan di depan gawang gol tuan rumah.

Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42 selepas pertahanan lawan, Fandi Othman tertampan bola ke gawang sendiri, namun kedudukan 1-1 tidak kekal lama, apabila pemain import dari Brazil, Endrick Dos Santos kembali meletakkan Selangor mendahului 2-1 tiga minit kemudian.

Drama semakin menarik apabila Perak dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan babak pertama dan dengan tenang ia disempurnakan Leandro Dos Santos untuk mengikat kedudukan 2-2.

Raianderson Da Costa Morais muncul wira ‘The Bos Gaurus’ apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-62, untuk terus menghidupkan peluang Perak merebut kedudukan ketiga liga. Perak kini menghuni tangga keenam dan dipisahkan dua mata daripada Melaka di kedudukan ketiga.

Pada masa sama, Kuala Lumpur mencatat kekalahan kelima berturut-turut sekali gus diambang penyingkiran, selepas tewas 0-2 kepada Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

4b698beb5f42238ad85865e943abc17e5d260ccc89a47
Dua gol skuad ‘The Fighters’ masing-masing dijaringkan pemain kebangsaan Singapura, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal pada minit ke-41, diikuti jaringan memukau Muhammad Zahril Azri Zabri pada minit ke-64, untuk mengesahkan kemenangan Felda United.

Dalam pada itu, saingan Liga Premier menyaksikan Sarawak terlepas dari tersingkir apabila jaringan tunggal Hudson Dias De Jesus pada minit ke-23, memastikan skuad Bujang Senang mencatat kemenangan tipis 1-0, menundukkan Terengganu FC II di Stadium Sarawak, Kuching.

33a0211669f91bf67c249a102e31b2125d260cf2a4ea5
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pula menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mudah menewaskan Kelantan 3-1, sekali gus memberi tekanan kepada skuad ‘The Red Warriors’ yang kini menghuni tangga tercorot liga.

Terikat tanpa jaringan di babak pertama, PDRM akhirnya berjaya membolosi gawang lawan menerusi jaringan pemain import dari Nigeria, Uche Agba pada minit ke-51, sebelum Mohd Fakrul Aiman Sidid menggandakan jaringan pada minit ke-57.

Kelantan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-85 menerusi Muhammad Danial Haqim Draman, sebelum Agba mengesahkan kemenangan PDRM dengan meledak gol ketiga pada masa tambahan babak kedua.

— BERNAMA

scroll to top