Friday , 15 December 2017

Home » Nasional » Peranan Media Mencapai Sasaran Usaha Kerajaan -Ismail

Peranan Media Mencapai Sasaran Usaha Kerajaan -Ismail

August 13, 2017 8:54 am Category: Nasional A+ / A-
Peranan Media Mencapai Sasaran Usaha Kerajaan -Ismail

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

KUANTAN: Media ada peranan dalam membantu usaha kerajaan mencapai sasaran 35 peratus pekerja di negara ini terdiri daripada tenaga kerja mahir menjelang 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata media boleh memainkan peranan dengan menyebarkan artikel dan siaran berita berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk dijadikan panduan pekerja serta majikan.

Katanya, menerusinya ia dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja yang merugikan kerajaan, majikan dan pekerja itu sendiri.

“Sekarang ini kita sudah mencapai 31 peratus pekerja mahir dan kita mahu mempunyai 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama Media Pahang di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir Mohtar Musri.

scroll to top