Thursday , 15 November 2018

Home » Sukan » Perancis Berjaya Menundukan Belgium Mara ke final

Perancis Berjaya Menundukan Belgium Mara ke final

July 11, 2018 7:44 am Category: Sukan A+ / A-
Perancis Berjaya Menundukan Belgium Mara ke final

SAINT PETERSBURG,. Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata, dia gembira mara ke final Piala Dunia dan berpeluang untuk melakukan lebih baik berbanding final Euro 2016 ketika pasukan itu tewas di laman sendiri.

Tandukan Samuel Umtiti memberikan Perancis kemenangan mengatasi Belgium di Saint Petersburg.

“Saya sangat gembira dengan pemain saya,” kata Deschamps. “Ia sesuatu yang sukar berdepan pasukan Belgium yang sangat bagus.

“Saya tabik pemain saya dan staf.”

Perancis tewas 1-0 di tangan Portugal di Stade de France, Paris pada 2016.

Deschamps berkata: “Final mesti dimenangi kerana kami masih tidak boleh melupakan kekalahan kami dua tahun lalu.”

– AFP

scroll to top