Friday , 19 October 2018

Home » Dunia » Perancis buka semula siasatan MH370

Perancis buka semula siasatan MH370

August 9, 2018 4:23 pm Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Perancis buka semula siasatan MH370

Polis Perancis akan membuka semula siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas laporan akhir setebal 400 muka surat oleh Malaysia gagal merungkai misteri kehilangannya. - Foto NSTP

PARIS,. Polis Perancis akan membuka semula siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas laporan akhir setebal 400 muka surat oleh Malaysia gagal merungkai misteri kehilangannya, di tengah dakwaan fakta sebenar disembunyikan.

Pengangkutan Udara Gendarmerie Perancis mahu memeriksa data daripada pengendali satelit, Inmarsat yang mengesan pesawat sebelum kehilangannya pada Mac 2014.

Menurut akhbar Perancis Le Parisien, agensi itu berhasrat ‘mengesahkan kebenaran dan kesahihan semua data teknikal yang dihantar.’

Setakat ini, tiada negara lain menjalankan siasatan terhadap kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang termasuk empat rakyat Perancis.

Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi siasatan daripada kerajaan Perancis.

Minggu lalu, Ketua Penerbangan Awam Malaysia meletak jawatan selepas laporan siasatan kehilangan MH370 menemui kepincangan terhadap kawalan lalu lintas udara (ATC), ketika saudara mara mangsa mendakwa pihak berkuasa menyembunyikan apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan.

scroll to top