Friday , 23 February 2018

Home » Dunia » Perancis sedia serang Syria

Perancis sedia serang Syria

February 14, 2018 12:00 pm Category: Dunia A+ / A-
Perancis sedia serang Syria

Emmanuel Macron

PARIS,. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata kerajaannya sedia melancarkan serangan jika terbukti rejim Syria menggunakan senjata kimia yang diharamkan ke atas orang awam.

“Kami akan menyerang tempat senjata itu dilancarkan dan lokasi mereka berbincang mengenainya.

“Setakat ini, kami masih belum mempunyai bukti bahawa senjata kimia yang diharamkan digunakan ke atas orang awam.

“Namun, sebaik sahaja bukti itu diperoleh, saya akan penuhi janji yang saya buat sebelum ini,” kata Macron sambil memberi amaran bahawa keutamaan adalah berjuang menentang pengganas.

– AFP

scroll to top