Tuesday , 23 July 2019

Home » Bisnes » Peranti pembaca tol LokaTAG untuk segmen selepas pasaran dilancarkan

Peranti pembaca tol LokaTAG untuk segmen selepas pasaran dilancarkan

July 13, 2019 6:30 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Peranti pembaca tol LokaTAG untuk segmen selepas pasaran dilancarkan

KUALA LUMPUR,. LOKATECH Engineering Sdn Bhd melalui kerjasama dengan syarikat dari Austria, EFKON yang merupakan pemaju teknologi sistem kutipan tol elektronik inframerah di Malaysia telah melancarkan pembaca tol terbina dalam yang pertama untuk segmen selepas pasaran.

Pembaca tol terbina dalam itu menawarkan alternatif kepada peranti MaxTAG mudah alih yang dilancarkan pada Oktober 2018.

Pengarah EFKON Asia Sdn Bhd, Helmuth Blasch berkata syarikat itu sentiasa membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan ciri-ciri pembaca tol elektronik infra-merah termasuk merancang untuk melengkapkan ia dengan Bluetooth serta amaran suara pada masa akan datang.

“Kami menjangkakan sistem kutipan tol elektronik inframerah akan terus memainkan peranan yang penting di negara ini bagi tahun-tahun akan datang.

“Ia terbukti boleh dipercayai, cekap, mudah dan merupakan sistem kutipan tol tanpa tunai yang paling efektif dalam memudahkan aliran trafik berbilang lorong di lebuh raya Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia dibangunkan pada 1997 dan dilancarkan pada 2005, sistem kutipan tol elektronik inframerah itu lebih dikenali sebagai SmartTAG di Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Besar LOKATECH Engineering Sdn Bhd, Ng Shyh Kang percaya wujud potensi yang besar dalam segmen selepas pasaran yang belum diterokai.

— BERNAMA

scroll to top