Friday , 15 December 2017

Home » Nasional » Perbahasan ‘mindset’ menang PRU -Hishammuddin

Perbahasan ‘mindset’ menang PRU -Hishammuddin

December 8, 2017 8:07 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Perbahasan ‘mindset’ menang PRU -Hishammuddin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR,. Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) hari ini berjalan dengan lancar dan tertib dengan rata-rata perwakilan membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO dengan ‘mindset’ untuk menang pilihan raya umum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul PAU 2017 berkata, perwakilan juga menunjukkan kematangan ketika berbahas.

Katanya, perwakilan juga menyedari kepentingan perhimpunan kali ini seperti mana ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar presiden UMNO pagi tadi.

“Saya tengok banyak fakta. Kali menjurus kepada persiapan ‘mindset’ untuk berdepan PRU nanti.

“Harap dalam usul ekonomi, pendidikan dan agama mereka boleh melihat ke hadapan apa yang kita nak janjikan kepada rakyat.

“Perancangan kita yang akan dimasukkan ke dalam manifesto TN50, bajet dan apa kita akan janjikan kepada golongan muda, wanita dan kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan perwakilan Kelab UMNO luar negara sempena PAU 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ditanya mengenai perjalanan perbahasan pada hari ini.

Hishammuddin juga menyifatkan kematangan perwakilan sebagai hasil didikan kepimpinan Najib supaya ahli UMNO tertib, berhati-hati, tabah dan sabar dalam menyuarakan pendapat.

“Politik ini bermusim, dua tahun lalu ramai perwakilan yang berada dalam keadaan tidak ketentuan. Kami ini sangat tengok lebih meyakinkan,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara, Hishammuddin berkata, beliau berkongsi pandangan dan pengalamannya dengan bakal pemimpin pelapis UMNO selain menyatakan realiti di luar yang semakin mencabar.

scroll to top