Tuesday , 22 August 2017

Home » Bisnes » pertama di dunia Pencetak Pelbagai Fungsi Hibrid Toshiba,

pertama di dunia Pencetak Pelbagai Fungsi Hibrid Toshiba,

August 4, 2017 12:09 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
pertama di dunia Pencetak Pelbagai Fungsi Hibrid Toshiba,

Toshiba Hybrid MFP.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos Toshiba TEC Malaysia Sdn Bhd Khamis melancarkan pencetak pelbagai fungsi hibrid (MFP) pertama di dunia, siri Toshiba Hybrid MFP.

Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Toshiba TEC, Paul Ting, berkata model-model itu mempunyai keupayaan untuk mengitar semula dan menggunakan semula kertas dalam satu peranti tunggal tanpa sebarang kos tambahan menerusi fungsi cetak boleh dipadam.

Toshiba Hybrid MFP.

Toshiba Hybrid MFP.

“Teknologi baharu ini akan menjimatkan jumlah kertas yang digunakan sekurang-kurangnya enam dan tujuh kali setiap satu tanpa menjejaskan kualiti cetakan menerusi proses pemanasan dalaman,” katanya pada taklimat media selepas pelancaran produk itu, di sini, Khamis.

Beliau berkata peranti itu akan membantu melindungi alam sekitar dan mengurangkan kesan penebangan hutan akibat penggunaan berlebihan kertas kerana ia mampu menjimatkan sehingga 5,000 keping kertas bagi sebatang pokok.

Produk baharu Toshiba itu boleh didapatkan di kedai-kedai sah utama di seluruh negara dengan harga kira-kira RM70,000.

–BERNAMA

scroll to top