Thursday , 13 December 2018

Home » Dunia » Pertemuan Jong-un – Pompeo produktif dan menarik

Pertemuan Jong-un – Pompeo produktif dan menarik

October 8, 2018 12:31 pm Category: Dunia A+ / A-
Pertemuan Jong-un – Pompeo produktif dan menarik

Kim Jong Un dan Mike Pompeo. - Foto AFP

SEOUL,. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan pertemuannya dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo sebagai produktif dan menarik,” kata media rasmi KCNA hari ini.

Jong-un dan Pompeo bersetuju mengatur sidang kemuncak di antara pemimpin Korea Utara dan Presiden AS, Donald Trump secepat mungkin dan membincangkan potensi AS untuk memantau langkah penghapusan program nuklear Pyongyang, kata pejabat presiden Korea Selatan hari ini.

“Kim Jong-un berpuasa hati dengan perbincangan yang produktif dan menarik dengan Mike Pompeo, saling menghormati dan memahami sepenuhnya pendirian mereka selain bertukar-tukar pandangan,” kata KCNA.

Ia menambah bahawa kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneruskan rundingan kerja bagi menjayakan sidang kemuncak Korea Utara-AS kedua secepat mungkin.

Kunjungan Pompeo ke Pyongyang Julai lalu, mendapat reaksi berbeza apabila Korea Utara mengecamnya berikutan “tuntutannya yang seperti gangster.” Pompeo tidak bertemu Jong Un dalam kunjungan itu.

Kunjungan Pompeo ke Pyongyang dilakukan berikutan reaksi negatif Korea Utara dalam memenuhi tuntutan Washington untuk menyediakan inventori senjata nuklear yang lengkap yang dikhuatiri berpotensi mengancam Amerika Syarikat.

– Reuters

scroll to top