Monday , 23 October 2017

Home » Bisnes » Pertumbuhan Global Kukuhkan Kedudukan Malaysia

Pertumbuhan Global Kukuhkan Kedudukan Malaysia

October 10, 2017 6:13 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Pertumbuhan Global Kukuhkan Kedudukan Malaysia

KETUA Pegawai Eksekutif Uobam Malaysia, Lim Suet Ling Dan Naib Presiden Dan Pengarah Pelaburan Wellington Management Singapore Pte Ltd, Andrew Sharp-Paul Hadir Pada Taklimat Media Mengenai United Global Income Focus Fund (Ugiff) Oleh Uob Asset Management (Malaysia) Bhd (Uobam Malaysia) Di Sini, Hari Ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan kukuh untuk meraih manfaat kemajuan pertumbuhan ekonomi global.

Naib Presiden dan Pengarah Pelaburan Wellington Management Singapore Pte Ltd, Andrew Sharp-Paul, berkata dasar monetari di negara ini adalah mencukupi dalam berdepan cabaran pasaran semasa.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mengendalikan perubahan yang dihadapi pasaran.

“Dari segi ekonomi secara umum, Malaysia berada pada kedudukan yang mantap untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tinjauan global pada taklimat media mengenai United Global Income Focus Fund (UGIFF) oleh UOB Asset Management (Malaysia) Bhd (UOBAM Malaysia) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM Malaysia, Lim Suet Ling.

Mengulas mengenai UGIFF, Suet Ling berkata, UGIFF adalah dana pelbagai aset untuk semua keadaan pelaburan yang bertujuan menawarkan pendapatan tetap dan peningkatan modal yang berpotensi kepada pelabur.

Beliau berkata, pelabur UGIFF dijangka memperoleh pendapatan sukuan antara empat hingga lima peratus setahun.

“Dana ini akan melabur dalam spektrum kelas aset global yang luas yang dapat mengatasi prestasi persekitaran ekonomi yang berbeza iaitu pertumbuhan, pertumbuhan lemah, stagflasi dan inflasi,” katanya.

UGIFF diurus oleh Wellington Management Singapore dan ia boleh didapati di semua cawangan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

scroll to top