Thursday , 20 September 2018

Home » Nasional » PH lawan PAS di Seri Setia

PH lawan PAS di Seri Setia

August 18, 2018 4:18 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PH lawan PAS di Seri Setia

Halimey Abu Bakar dan Dr Halimah Ali selepas pengumuman calon oleh Pegawai Pengurus SPR DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, ketika hari Penamaan Calon di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PETALING JAYA,. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Pertandingan itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, di perkarangan Dewan Sivik dekat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi.

“(Calon PH) Halimey Abu Bakar mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.10 pagi.

“(Calon PAS), Dr Halimah Ali mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.15 pagi.

“Kita telah semak (kertas penamaan). Setelah selesai tiada calon ditolak kertas penamaan,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Seri Setia diadakan serentak pada 8 September ini. Hari pengundian awal akan berlangsung pada 4 September ini.

scroll to top