Tuesday , 22 August 2017

Home » Bisnes » PICKnGO, Aplikasi Teksi Terbaharu

PICKnGO, Aplikasi Teksi Terbaharu

August 8, 2017 12:34 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
PICKnGO, Aplikasi Teksi Terbaharu

Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Warga Lembah Klang kini ditawarkan dengan satu lagi kemudahan perkhidmatan ‘e-hailing’ terbaru menerusi pelancaran aplikasi tempahan teksi, PICKnGO.

PICKnGO ialah aplikasi tempahan teksi yang dibangunkan hasil kerjasama lima syarikat teksi tempatan iaitu New Supercab Sdn Bhd; Uptownace (M) Sdn Bhd; Damai Kota Cab Sdn Bhd; Syarikat Pemandu dan Pemilik Teksi Bhd dan Perniagaan Lima Sejati Sdn Bhd.Sama seperti kemudahan perkhidmatan ‘e-hailing’ lain, PICKnGO kini boleh dimuat turun di mana-mana telefon pintar secara percuma.

Selain pembayaran secara tunai, penumpang juga boleh membayar sama ada menggunakan kad kredit atau debit.
main_rb_0808_pg006_rachelb_1
Aplikasi itu juga dilengkapi dengan butang SOS sebagai langkah keselamatan tambahan kepada penumpang sekiranya merasakan keselamatan mereka terancam sewaktu menaiki teksi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pelancaran aplikasi itu adalah bukti yang menunjukkan kerajaan tidak menyokong syarikat gergasi saja, tetapi juga syarikat tempatan.

Katanya, kerajaan sentiasa fokus dalam memastikan sistem pengangkutan awam sentiasa efisien bagi membolehkan rakyat Malaysia bergerak dengan pantas, selamat dan mudah.

“Dengan pengenalan aplikasi PICKnGO khusus kepada para pemandu teksi, diharapkan kebajikan pemandu dapat terus ditingkatkan.

“Saya berharap yang aplikasi ini dapat membantu pemandu teksi untuk mendapat akses kepada permintaan pengguna dalam pasaran e-hailing yang semakin meningkat hari ini dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih melalui sistem tempahan perjalanan yang teratur dan sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini, sebentar tadi.

Turut hadir Pengarah Eksekutif PICKnGO, Valerie Chan.

Sementara itu, Valerie berkata, setakat ini seramai 1,000 pemandu teksi sudah mendaftar dengan pihaknya dan menyasarkan mahu menarik sehingga 10,000 pemandu dalam tempoh setahun.

“Sambutan yang kami terima juga amat memberangsangkan apabila sejak empat hari aplikasi ini diperkenalkan bermula Jumaat lalu, sudah 1,500 penumpang menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.

BH

scroll to top