Thursday , 25 April 2019

Home » Dunia » Pilihan Raya Umum Indonesia 2019 atau PEMILU 2019

Pilihan Raya Umum Indonesia 2019 atau PEMILU 2019

April 16, 2019 11:49 am Category: Dunia, Politik A+ / A-
Pilihan Raya Umum Indonesia 2019 atau PEMILU 2019

PEMILU 2019

JAKARTA,. Kempen pilihanraya umum Indonesia atau Pemilu 2019 berakhir Ahad lepas, dan kini melalui tempoh bertenang, sebelum hari pengundian pada Rabu ini.

Fakta Pemilu 2019:

1. Hari Pengundian: 17 April

2. Jumlah Pengundi: Lebih 192 juta pengundi berdaftar (192,828,520 pengundi)

3. Pemilu 2019, pertama kali diadakan serentak bagi memilih Presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024, pemilihan 711 anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif seramai 19,500 orang melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.

4. Tumpuan pastinya pemilihan presiden Indonesia atau Pilpres, melibatkan Presiden Joko Widodo (Jokowi), 57, yang akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua bergandingan dengan gandingan baharu Ma’ruf Amin, 76, seorang ulama berpengaruh Indonesia, sebagai naib Presiden.

5. Pasangan itu akan ditentang bekas ketua tentera Prabowo Subianto, 57, yang bergandingan dengan bekas timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Uno, 49 tahun.

6. Komisi Pemilihan Umum Indonesia (KPU) kini bersiap sepenuhnya untuk mengendalikan hari pengundian 17 April ini. Peti-peti undi diedarkan ke seluruh Indonesia.

PEMILU 2019

7. Berikut tarikh penting Pemilu 2019 (i). 17 April 2019: Hari Mengundi (ii). 25 April hingga 22 Mei 2019: Pengumuman keputusan pilihan raya umum secara progresif (iii). 1 Okt 2019: Pengumuman rasmi penggubal undang-undang (iv). 20 Okt 2019: Pengumuman rasmi Presiden dan Naib Presiden

— BERNAMA

scroll to top