Friday , 17 August 2018

Home » Dewan Rakyat » Pinjaman Yen Jepun akan kurangkan kos hutang negara – Dr Mahathir

Pinjaman Yen Jepun akan kurangkan kos hutang negara – Dr Mahathir

July 23, 2018 12:47 pm Category: Dewan Rakyat, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Pinjaman Yen Jepun akan kurangkan kos hutang negara – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR,. Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangkan ?high cost of money’ kerana kadar faedah hutang yang diambil pentadbiran terdahulu terlalu tinggi iaitu sebanyak enam peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata nilai wang Yen Jepun lebih murah berbanding Ringgit, dengan Yen bernilai US$1 sen, manakala RM1 bernilai US$ 25 sen, dan membayar balik hutang negara dengan Yen Jepun bermakna negara tidak dibebani dengan kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus.

Katanya kerajaan juga hanya akan meminjam Yen sebanyak nilai US$ atau jumlah Ringgit yang dihutang.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini membayar komisyen 10 peratus kepada Goldman Sachs daripada hutang yang diambil.

“Ini bermakna kerajaan dahulu mendapat hanya 90 peratus daripada wang yang dihutang tetapi membayar faedah ke atas 100 peratus wang dihutang. Faedah ke atas 90 peratus meningkat kepada 6.6 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia pernah menerima tawaran pinjaman mudah daripada kerajaan Jepun pada kadar faedah 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.

“Kita tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh memberikan kadar faedah serendah itu lagi, membayar balik hutang dengan Yen berfaedah serendah itu lagi, tetapi membayar balik hutang dengan Yen berfaedah rendah bermakna kita tidak lagi dibeban dengan faedah lebih tinggi dari enam peratus hutang asal.”

“Hutang Yen akan mengganti hutang US$ atau Ringgit. Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Inilah sebabnya yang kita cuba mendapat pinjaman Yen daripada kerajaan Jepun,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top