Thursday , 18 October 2018

Home » Nasional » PKR bantah pelanggaran kejam hak asasi manusia rakyat Palestin

PKR bantah pelanggaran kejam hak asasi manusia rakyat Palestin

May 15, 2018 3:44 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PKR bantah pelanggaran kejam hak asasi manusia rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 15 Mei – PKR membantah keras keputusan Amerika Syarikat yang membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmaqdis semalam.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata tindakan seumpama itu hanya akan memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap kestabilan rantau, malah terhadap keselamatan bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh terhadap konflik Palestin-Israel.

“Keadilan (PKR) berharap Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dapat bekerjasama rapat dengan semua rakan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik yang berlaku,” katanya.

Dilaporkan 55 rakyat Palestin menjadi korban terbaru tertera Israel di sempadan Gaza semalam dalam pertempuran yang meletus susulan perpindahan kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis.

“Serangan demi serangan tidak berperikemanusiaan ini telah memperlihatkan sekali lagi kepada masyarakat antarabangsa kekejaman tentera rejim yang tidak menghormati kesucian nyawa manusia dan membelakangkan undang-undang antarabangsa.

Bernama

 

scroll to top