Saturday , 17 November 2018

Home » Nasional » PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding presiden

PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding presiden

July 18, 2018 5:19 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PKR Negeri Sembilan sokong Anwar bertanding presiden

Aminuddin Harun (Gambar fail Bernama)

SEREMBAN,. Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan menyokong ?keputusan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden parti itu dan menyifatkan keputusan itu sebagai tepat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata pihaknya yakin dan percaya Anwar sememangnya layak untuk memegang jawatan presiden dengan mengambil kira jasa dan pengorbanan beliau yang tidak terhingga kepada parti, rakyat dan negara.

“Lebih menyakinkan lagi pengalaman beliau yang sangat luas dalam arena politik tanah air dan antarabangsa. Dengan perubahan landskap politik hari ini, PKR Negeri Sembilan yakin Datuk Seri Anwar dapat memberikan satu impak dan anjakan paradigma yang jauh lebih besar dalam membentuk suasana serta dimensi baru dalam politik tanah air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Anwar dilapor menawar diri bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang, yang dijaduakan berlangsung pada September depan.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata seluruh pimpinan di negeri ini ??menyokong dan menyambut baik hasrat Anwar itu.

“Oleh itu, sekiranya Datuk Seri Anwar diberikan mandat oleh anggota parti, beliau diyakini mampu memperkasakan keutuhan Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran dan tribulasi perjuangan yang saling menguji.”

“PKR Negeri Sembilan yakin beliau akan berjaya membawa parti ke satu tahap yang lebih tinggi serta dihormati dan disanjungi oleh kawan dan lawan.”

“Sehubungan dengan itu, akar umbi PKR Negeri Sembilan sedia memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar untuk dipilih sebagai presiden dalam membentuk Malaysia Baru yang lebih peduli rakyat,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top